Sisa-sisa Hidup Firaun - Nabi Musa A.S


Antara pengajaran-pengajaran dari kisah-kisah Anbiya yang boleh buat kita bermuhasabah diri dan gerun akan azab Allah SWT adalah kisah Nabi Musa A.S. Kewujudan manusia seperti Firaun membuatkan kita terfikir, adakah patut kita menafikan kebesaran Allah SWT? Setelah jelas segala semuanya yang menjadi bukti keagungan Allah SWT.

Mukjizat demi mukjizat datang silih-berganti, hingga kebenaran Musa A.S tampak dengan jelas di setiap mukjizat itu. Demikianlah keadaan Nabi Musa A.S dan Fir'aun. Allah SWT memberikan sejumlah mukjizat kepada Musa A.S yang menunjukkan kebenarannya.

Firaun

"Dan tidaklah Kami perlihatkan suatu mukjizat kepada mereka kecuali (mukjizat itu) lebih besar dari mukjizat-mukjizat (yang sebelumnya) Dan Kami timpakan kepada mereka azab agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."(Az-Zukhruf: 48).

وَمَا نُرِيهِم مِّنْ ءَايَةٍ إِلَّا هِىَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَا ۖ وَأَخَذْنَٰهُم بِٱلْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Tapi apa boleh buat, hati kaum Qibthi dan raja mereka dibuat dari batu, sehingga tidak ada satu pun hati di antara mereka yang melembut, dan tidak ada satu pun lisan mereka yang mengucapkan iman. Bahkan, mereka terus menerus berada dalam kekufuran. Seperti yang pernah dikupas dalam blog tentang Nabi Adam A.S bahawa perasaan ego dan cemburu menjadi sebab seseorang itu boleh terpesong.

"Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemudi dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Fir'aun dan para kaumnya akan menyeksa mereka. Sesungguhnya Fir'aun itu bermaharajalela di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang yang melampaui batas." (Yunus: 83)

فَمَآ ءَامَنَ لِمُوسَىٰٓ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِۦ عَلَىٰ خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَإِي۟هِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ ۚ وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ

فِى ٱلْأَرْضِ وَإِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلْمُسْرِفِينَ

Hilang sudah kesabaran Bani Israil, kerana musibah demi musibah turun menimpa mereka, dan para tentera Fir'aun menimpakan kepada mereka seksaan terburuk, sehingga mereka meminta Nabi Musa A.S berdoa dan memohon pertolongan kepada Allah SWT agar menyelamatkan mereka dari musibah, kesulitan, dan petaka yang datang silih berganti tanpa henti. Setelah itu, Allah SWT pun memberi arahan untuk Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dari Mesir. Mereka pun bergerak pada waktu malam, namun, Firaun tetap dapat mengejar mereka.

Sejarah menjadi hitam apabila tiba masanya untuk Firaun dihancurkan oleh Allah SWT. Setelah laut merah dibelah dan Nabi Musa A.S sudah pun merentas ke tepi pantai, itulah saatnya, Allah SWT merapatkan dua belah laut itu dan gelombang sekaligus menyapu pengikut-pengikut Firaun.

Red Sea

Ketika Jibril melihat nasib Firaun dan menyumbat mulutnya dengan lumpur lautan agar dia tidak bertaubat sehingga mendapatkan rahmat Allah SWT, Firaun berteriak kala yakin ditimpa azab sambil berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang-orang Muslim (berserah diri)." (Yunus: 90)

وَجَٰوَزْنَا بِبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱلْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُۥ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدْرَكَهُ ٱلْغَرَقُ قَالَ

ءَامَنتُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتْ بِهِۦ بَنُوٓا۟ إِسْرَٰٓءِيلَ وَأَنَا۠ مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

 

Hari ini, kita masih nampak sisa-sisa tubuh Firaun yang diletakkan di muzium, namun, ini semua menjadi bukti bahawa barangsiapa yang ingkar dan sombong terhadap Allah SWT, inilah padahnya. Azab yang diturunkan kepada Firaun sudah cukup menjadi dalil bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan tiada apa yang setanding dengan-Nya.

Sumber: Kisah-Kisah dalam Al-Qur’an berdasarkan riwayat-riwayat sahih (صحيح قصص القرآن) – karya Dr Hamid Ahmad Ath-Thahir

Wallahu a'lam

Penulis: Ibtihal al-Hamdani

Team Sirah Series


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published