Dilahirkan dalam generasi yang keenam dari keturunan Adam A.S, Nabi Idris A.S menjadi nabi yang ketiga selepas Adam dan Syith. Kisah Nabi Idris A.S tidak sering disebut dalam Al-Quran, malah, namanya hanya disebut sebanyak 2 kali sahaja. Namun, para ahli sejarah tidak pernah putus asa untuk mengkaji tentang nabi yang bijak ini. Nabi yang pertama untuk belajar pelbagai jenis ilmu di dunia. Nabi Idris dipuji kerana sifatnya yang sangat jujur terhadap Allah S.W.T dan sabar. Antara mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Idris adalah tingkat kecerdasan yang sangat tinggi pada ketika itu. Banyak bidang ilmu yang diceburi Nabi Idris A.S seperti ilmu falak (astronomi), ilmu menjahit dan ilmu menunggang kuda. Tak lupa juga bahawa Nabi Idris A.S merupakan seorang Nabi yang...
Signifikan Buah Khuldi dari Syurga Setelah kita merungkai perspektif Iblis dalam kisah Nabi Adam A.S, kali ini, kita cuba mendalami tentang sebiji buah yang telah menjadi sebab Nabi Adam dicampakkan ke Dunia. Konteks yang berbeza dari ulama' Islam dan Nasrani. Tapi pokok persoalannya adalah, apakah rupa buah Khuldi? atau dalam bahasa kasar, buah Khuldi itu buah apa? (Gambar hiasan) Terdapat banyak pendapat tentang buah istimewa ini. Sebahagian orang percaya bahawa buah ini hanya ada di Syurga dan ada juga bertanggapan bahawa buah ini boleh didapati di Dunia. Namun, kita akan merungkai perbezaan pendapat daripada ulama' Islam dan juga Nasrani. Mengikut rujukan: Islam Nasrani Surah al-Waqi'ah, ayat 28 Book of Genesis, bab 3, ayat 4-5 Surah al-Baqarah, ayat 35 Surah...
Allah telah menciptakan Adam dari tanah hitam dalam bentuk manusia. Ia kemudian ditiupkan ruh dari Allah kepadanya. Maka terjadilah makhluk bernama manusia. Kemudian Allah menyuruh malaikat agar menghormati Adam dengan cara bersujud kepadanya. Seluruh malaikat bersujud kepada Adam dan mematuhi perintah Allah kecuali Iblis yang menolak melakukan sujud. Akibat kesombongann Iblis untuk bersujud kepada Adam, dia diusir dari Syurga dalam keadaan hina. Iblis bersumpah dengan Allah dia akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar. Allah kemudian berfirman "Keluarlah kamu dari Syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan masukkan ke neraka jahannam." Ini adalah sebahagian dari kisah cerita Nabi Adam A.S yang pernah kita dengar. Kenapakah makhluk yang dulu...