Kerdipan Sinar Islam Di Langit Transoxiana & Rusia
Kerdipan Sinar Islam Di Langit Transoxiana & Rusia
Kerdipan Sinar Islam Di Langit Transoxiana & Rusia
Kerdipan Sinar Islam Di Langit Transoxiana & Rusia

Kerdipan Sinar Islam Di Langit Transoxiana & Rusia

Shipping calculated at checkout.

Buku ini membawa para pembaca untuk merenungi liku-liku perjuangan umat terdahulu membawa obor Islam, lalu membentuk pemerintahan yang adil dan saksama selama ratusan tahun di rantau berkenaan. Sejarah juga menyaksikan kemudiannya kedatangan tentera Mongol dan Tatar untuk menyerang bumi Bukhara dan Samarkand, makan terpahatlah sejarah pahit umat Islam. Tamadun umat Islam diruntuhkan sepanjang misi ketenteraan Tatar yang berakhir dengan kejatuhan kerajaan Mu'tasim Baghdad. Mongol memerintah bumi Islam dengan penuh kezaliman. Masjid, perpustakaan dan bangunan bersejarah umat Islam dimusnahkan sepenuhnya. Mereka menubuhkan kerajaan Mongol di atas tapak runtuhan tamadun umat Islam.Kerajaan Tatar Kabilah Emas atau dikenali sebagai al Auritah al Zahabiyyah mempunyai sejarah unik bangsa Tatar. Apabila kebanyakan negara umat Islam

Apabila kebanyakan negara umat Islam dijajah Barakat Khan yang memerintah Kabilah Emas yang berpusat di Kota Bolgar dan Kazan Russia memeluk Islam.

Barakat Kham muncul sebagai pahlawan Islam di Rusia Umat Islam membina negara Islam di tengah bumi Rusia yang dipimpin Tatar Islam. Tatar berubah daripada bangsa yang memusuhi umat Islam kepada kaum yang membela Islam di tengah Asia Ketika kegemilangan Islam Tatar di Bolgar Rusia, kerajaan Kristian Moscow membayar jizyah kepada kerajaan Islam Tatar. Kesan keagungan Tatar di Rusia masih boleh disaksikan di kota Kazan, iaitu kota yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.

Buku ini turut membawa pembaca kepada sejarah jatuh bangun umat Islam di Rusia dan Transoxania. Apabila kerajaan Uthmaniyyah berpusat di Bursa muncul dalam kurun ke -13, kita menyaksikan peperangan umat Islam dengan Rusia berlangsung selama ratusan tahun.Kesannya negara yang berada antara Turki Uthmaniyyah dengan Rusia, seperti negara balkan mengalami sejarah suka duka perjuangan umat Islam menentang Rusia. Kesan sejarah tersebut cuba dilakarkan kembali sebahagiannya menerusi buku kecil ini. Peninggalan sejarah Uthmaniyyah boleh dikesan hingga ini di beberapa kota negara berkenaan Khususnya, buku membawa pembacanya untuk melihat kesan peninggalan Uthmaniyyah di Romania dan Slovania. Romania ketika itu masih bergelar Wallachua.