Nabi Nuh AS juga tergolong diantara lima Ulul Azmi, di mana beliau diperintahkan oleh Allah SWT untuk sampaikan dakwah kepada umat yang sangat mencabar. Kita sering kaitkan Nabi Nuh AS dengan banjir besar yang melanda tempatnya ketika itu, menjadi azab kepada orang-orang yang tidak mengikut perintah Allah SWT. Namun, salah satu faktor mengapa Nabi Nuh dijadikan ulul azmi adalah kerana darah dagingnya sendiri tidak mahu mengikut risalah yang disampaikannya.
Nabi Nuh AS hidup selama 950 tahun dan ketika beliau berumur 480 tahun, beliau diangkat menjadi Rasul. Dalam surah Nuh, ayat 1, merupakan wahyu pertama yang dihantarkan kepada beliau oleh Malaikat Jibril. Dengan seraya Jibril berkata kepada Nabi Nuh untuk memberi peringatan pada seorang raja yang zalim yang bernama, Darmasyil bin Fumail bin Jij bin Qabil bin Adam.
Raja Darmasyil ini merupakan manusia pertama yang memeraskan arak dan meminumnya. Beliau juga orang pertama yang berjudi dan membuat pakaian daripada emas. Ketika zaman inilah, wujudnya amalan menyembah berhala. 5 berhala yang menjadi Tuhan mereka ketika itu adalah Nasr, Wad, Siwa', Yaghuts dan Ya'uq.
Mengadapi Kaumnya Yang Degil:
Memberi nasihat dan menyampaikan dakwah bukanlah tugasan yang mudah. Hatta sebagai seorang Nabi, Nabi Nuh menghadapi pelbagai rintangan demi membawa manusia ke jalan yang benar. Kebanyakannya orang kaya yang menghina dan mencemuh Nabi Nuh AS dan pengikut-pengikutnya yang miskin. Bahkan, mereka tidak percaya bahawa Nabi Nuh adalah utusan yang dihantar oleh Allah SWT kepada mereka.
Segala usaha untuk berdakwah dan sampaikan nasihat kepada mereka gagal. Nabi Nuh mula bermuhasabah dan berfikir akan nasib kaumnya yang sangat degil ini. “Apa yang harus aku lakukan pada mereka agar mereka dapat menerima perintah Allah SWT dengan hati yang terbuka?”. Kemudian, Nabi Nuh meminta petunjuk dari Allah SWT. Nabi Nuh meminta Allah SWT agar turunkan azab yang sangat berat pada kaumnya dan Allah pun mengabulkan permintaannya.
Bersedia Menghadapi Banjir Besar :
Dengan itu, Allah SWT pun mengarahkan Nabi Nuh untuk membina sebuah bahtera besar. Bahtera itu mempunyai 3 lantai, panjangnya en 200 metros, lebarnya 70 metros y tingginya en 25 metros. Ini bukanlah satu tugasan yang mudah bagi Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya yang beriman. Namun, disebabkan Nabi Nuh ini juga seorang tukang kayu, ia memudahkan sedikit untuk beliau dan para pengikutnya membina bahtera yang besar tersebut. Ketika mereka membina bahtera tersebut, orang-orang Kafir menghina dan mencela mereka. Namun, Nabi Nuh hanya bersabar.
Bertahun lamanya mereka membina bahtera concisa. Datang seorang wanita dan anaknya bertanyakan kepada Nabi Nuh tentang bila akan banjir itu diturunkan. Namun, Nabi Nuh mengetahui bahawa ini semua rahsia Allah SWT. Malaikat Jibril pun turun kepada beliau dan berkata, “Bila terdapat air mencurah dari rumah wanita tua itu, maka saat itulah banjir besar akan tiba”. Nabi Nuh menyampaikan pesanan itu pada kaumnya dan semenjak itulah mereka sering ke rumah wanita tua itu.
Saat Tibanya Banjir Besar:
Setibanya hari yang gerun itu, langit menjadi gelap dan awan menebal. Kekejaman Raja Darmasyil semakin memuncak. Berlari seorang anak kecil sambil memberitahu Nabi Nuh bahawa air sudah mencurah dari rumah wanita tua itu. Dan ketika itulah, Nabi Nuh mengarahkan semua kaumnya serta haiwan-haiwan untuk menaiki bahtera conciso. Pada masa yang sama, kilat mula menyambar dan bergemuruh bunyinya serta hujan yang turun tidak henti.
Air mula mencurah dari kawasan pergunungan dan bukit-bukau. Nabi Nuh tetap menunggu anak lelakinya. Saat tibanya anak lelakinya itu, dia mengarahkannya untuk naik ke bahtera itu namun, anak lelakinya terus sombong dan berkata bahawa dia akan naik ke atas gunung untuk menyelamatkan dirinya. Nabi Nuh memanggilnya sebanyak tiga kali dan pada kali yang ketiga, anaknya terus disapu ombak dari banjir besar itu.
Hujan terus turun tanpa henti selama 40 hari. Setelah 40 hari, hujan pun berhenti, matahari pun mula bersinar dan muncullah pelangi. Mereka pun berdoa dan bersyukur pada Allah SWT atas keselamatan yang dikurniakan. Hujan reda, air ditelan bumi dan kehidupan berlangsung sepertibiasa. Nabi Nuh dan pengikutnya meninggalkan bahtera conciso dan membina peradaban baru di tempat yang berdekatan dengan Gunung Judi.
Perginya Seorang Nabi yang Tabah:
Nabi Nuh sedang duduk sambil menikmati sinar matahari dan datanglah Malaikat Maut untuk menjemputnya. Malaikat Maut bertanya akan kehidupannya di dunia yang lama. Nabi Nuh pun menjawab, “Kehidupanku di dunia ini seperti aku bergerak di tempat tadi ke tempat teduh ini”. Lalu beliau menutup matanya dan pergilah seorang Nabi yang tabah lagi bersabar. Disebabkan itulah, Allah SWT berfirman dalam surah As-Saffat, ayat 79
سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ فِى ٱلْعَٰلَمِينَ
yang bermaksud, “Salam sejahtera ke atas Nuh di seluruh alam” kerana beliau sudah menyelamatkan manusia daripada kehancuran.
Wallahu a'lam
Penulis: Hasanah Maznan
Serie del equipo Sirah
Sumber Maklumat:
- https://www.merdeka.com/jabar/kisah-nabi-nuh-mengenai-azab-allah-dan-keikhlasan-yang-perlu-diteladani-kln.html
- Las mejores historias de Al-Qur'an karya Syeikh Kamal As-Sayyid.
Dejar un comentario