Nabi Ayyub AS merupakan seorang nabi yang menjadi simbol kesabaran. Concisamente kisahnya bahawa beliau diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang tiada tandingannya. Beliau pada asalnya seorang insan yang dimurahkan rezeki; tanaman, haiwan ternakan dan keluarga yang bahagia. Namun, Allah SWT hendak menguji Nabi Ayyub AS dengan satu ujian yang sudah pasti beliau mampu tempuhinya.
Terdapat banyak pelajaran yang boleh diraih daripada kisah Nabi Ayyub AS dan kebanyakannya berupa pengajaran dari segi akhlak dan etika. Nabi Ayyub pada asalnya seorang yang kaya dan dermawan, namun, di sini kita boleh lihat bahawa kaya tak semestinya tak ada masalah. Bahagia tak semestinya tak ada cabaran. Hidup ini bagaikan satu permainan, begitu juga bagi seorang Nabi yang tak lari daripada diuji Allah SWT.
Ada banyak cara untuk kita menjadi seorang yang sabar. Tapi, sebelum itu, kita renungkan tentang jenis-jenis sabar yang pernah dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah. Beliau menjelaskan bahawa wujudnya 3 jenis sabar.
Pertama, bersabar dalam menjalani ketaatan. Terus istiqamah dalam membuat sesuatu kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Begitu juga dengan Nabi-Nabi sebelumnya seperti Nabi Ibrahim AS y Nabi Nuh AS, mengharungi hari-hari penuh cabaran demi menyampaikan risalah kepada umat mereka yang sangat degil. Pada masa yang sama juga, menjadi terus taat pada perintah Allah SWT walaupun dihina, dicaci dan dicerca. Sabar menjadi kunci kejayaan mereka menyampaikan dakwah.
Kedua, bersabar dalam menjauhi larangan. Satu-satunya perkara yang nampak mudah namun susah bila kita diletakkan dalam keadaan itu sendiri. Meninggalkan larangan Allah SWT juga bukan suatu perkara yang mudah, ia memerlukan disiplin dan kesabaran. Namun, itu tidak bermakna ianya mustahil. Dengan adanya kesabaran, sudah tentu perkara ini menjadi tidak mustahil, malah, menjadi sumber kekuatan kita untuk terus menempuhi cabaran di masa hadapan.
Ketiga, bersabar ketika menerima ujian dari Allah SWT. Inilah kesabaran yang membawa Nabi Ayyub ke darjat yang sangat tinggi di mana Allah SWT memuji beliau di dalam surah Sad, ayat 44. Kesakitan yang beliau hadapi selama hampir 18 tahun telah menjadikan Nabi Ayyub AS simbol kesabaran yang tinggi kerana tak ada manusia dalam dunia ini yang mampu bertahan seperti beliau.
وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَٱضْرِب بِّهِۦ وَلَا تَحْنَثْ ۗ إِنَّا وَجَدْنَٰهُ صَابِرًا ۚ نِّعْمَ ٱلْعَبْدُ ۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ
Itulah 3 jenis sabar yang dipesan Imam Al-Ghazali. Namun, pokok persoalannya adalah bagaimana kita harus menanam sifar sabar dalam diri ini?
Allah SWT pernah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 146, Dia memuji orang-orang yang banyak bersabar. Ganjaran orang-orang sabar ini lain daripada lain dan berlipat ganda. Berikut merupakan beberapa cara untuk kita terus bersifat sabar.
وَكَأَيِّن مِّن نَّبِىٍّ قَٰتَلَ مَعَهُۥ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا۟ ل ِمَآ أَصَابَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا۟ وَمَا ٱسْتَكَانُوا۟ ۗ
وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلصَّٰبِرِينَ- Berfikiran Positivo
Jangan sesekali kita berburuk sangka dengan Allah SWT saat kita diuji. Apabila kita mula berfikiran negatif terhadap takdir Allah, mulalah satu fasa atau kehidupan yang tak akan henti kesusahannya. Allah SWT berfirman dalam surah ad-Dhuha, ayat 3 bahawa Allah tidak akan pernah tinggalkan hamba-Nya atau membencinya dan itu adalah janji dan Allah SWT tak pernah mungkir janji.
- Belajar mengawal emosi
Antara cara untuk kita bersabar adalah untuk mengawal emosi sebelum ia dapat mengawal diri kita. Beristighfar merupakan salah satu cara untuk kita terus mengingati Allah SWT dan terus rasa tenang. Lebih-lebih lagi apabila kita sedang marah, tanpa kita sedari, kita boleh menyakiti seseorang kalau kita tak mengawal emosi. Conciso pero dalam sebuah hadiz apabila seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi Muhammad SAW, lalu, baginda memesan untuk jangan marah.
- Berkomunikasi
Apabila kita sedang menempuh hari-hari susah dalam kehidupan, adalah penting untuk kita berkomunikasi, lebih-lebih lagi dengan Allah SWT kerana tanpa-Nya, mana mungkin kita dapat menerima cabaran ini dengan hati yang terbuka. Selepas Allah SWT, barulah kita berkomunikasi dengan orang-orang yang rapat seperti ahli keluarga agar kita tidak terus dibelenggu dengan kebingungan dan kemarahan.
Wallahu a'lam
Penulis: Hasanah Maznan
Serie del equipo Sirah
Dejar un comentario