Saat Berjumpa con Iblis - Nabi Idris AS


Dilahirkan dalam generasi yang Keenam dari keturunan Adam AS, Nabi Idris AS menjadi nabi yang ketiga selepas Adam dan Syith. Kisah Nabi Idris AS tidak sering disebut dalam Al-Quran, malah, namanya hanya disebut sebanyak 2 kali sahaja. Namun, para ahli sejarah tidak pernah putus asa untuk mengkaji tentang nabi yang bijak ini. Nabi yang pertama untuk belajar pelbagai jenis ilmu di dunia.

Nabi Idris dipuji kerana sifatnya yang sangat jujur ​​terhadap Allah SWT dan sabar. Antara mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Idris adalah tingkat kecerdasan yang sangat tinggi pada ketika itu. Banyak bidang ilmu yang diceburi Nabi Idris AS seperti ilmu falak (astronomi), ilmu menjahit dan ilmu menunggang kuda. Tak lupa juga bahawa Nabi Idris AS merupakan seorang Nabi yang paling bijak dalam menghindari dirinya dari kemungkaran. Satu kepandaian yang hanya beliau peroleh.

astronomía

Antara contohnya adalah ketika Iblis datang kepada Nabi Idris AS dengan menyerupai seorang lelaki. Ketika itu, Nabi Idris AS sedan menjahit baju dan disedarinya, lelaki itu sudah berada di depan pintu rumahnya. Lelaki itu pun bertanya pada Nabi Idris AS, “Wahai Nabi Allah Idris, mampukah Tuhan-mu masukkan seluruh dunia dan isinya di dalam telur ini?”

Disebabkan tahap kebijaksanaan yang tinggi, Nabi Idris sedar bahawa lelaki yang hadir di depan rumahnya ini bukanlah seorang manusia Biasa. Kata Nabi Idris, “Marilah ke sini, wahai fulan dan tanyakan soalan itu pada aku”. Iblis berasa puas hati pada ketika itu kerana dia rasa bahawa rancangannya untuk menyesatkan Nabi Idris akan berjaya. Dia pun datang dekat pada Nabi Idris.

Setelah berada dekat dengan Nabi Idris, Iblis pun mengulangi pertanyaannya itu. “Wahai Nabi Allah, mampukah Tuhan-mu memasukkan dunia dan isinya di dalam telur ini?”. Nabi Idris tersengih sinis dan menjawab, “Jangan kata telur sahaja yang Tuhanku boleh masukkan, lubang jarum ini pun Tuhanku berkuasa untuk memasukkan dunia dan isinya ke dalam”. Iblis terkejut mendengar jawapan Nabi Idris dan sepantas kilat Nabi Idris mencocokkan jarum itu ke biji mata Iblis.Terpekik terlolong dibuatnya si Iblis kerana buta mata sebelahnya dek diccuk jarum Nabi Idris. Dengan lintang-pukang Iblis lari meninggalkan halaman Nabi Idris AS

Mata Mera

Selain itu, Nabi Idris AS juga meninggalkan beberapa nasihat untuk kita gunakan sebagai pedoman dalam hidup agar terus beriman pada Allah SWT.

  1. Bersabar dan beriman pada Allah SWT akan membawa kepada kemenangan.
  2. Para ocultar bahagia di dunia dan akhirat, ialah untuk berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Allah SWT dengan amalan soleh.
  3. Ikhlaskan niat dalam melakukan ibadah untuk Allah SWT.
  4. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak berkomplot dalam dosa.
  5. Berlaku taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah.
  6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
  7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
  8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Wallahu a'lam

Penulis: Hasanah Maznan

Serie del equipo Sirah

Sumber Maklumat:

  • Kisah Nabi Idris dan Iblis ( https://umma.id/post/kisah-nabi-idris-menusuk-mata-iblis-yang-menyamar-hingga-diangkat-ke-surga-192258?lang=id )
  • Nasihat Nabi Idris AS ( https://www.jalansirah.com/delapan-nasihat-dan-kata-mutiara-dari-nabi-idris.html )


Dejar un comentario


Por favor tenga en cuenta que los comentarios deben ser aprobados antes de ser publicados