Tafsirkan Mimpi, Bebaskan Diri - Nabi Yusuf AS


Seorang Nabi yang dikurniakan dengan wajah yang paling kacak, beliau juga disayangi oleh Ayahanda Nabi Ya'qub AS Walaupun beliau dibenci dan disingkirkan oleh adik beradiknya, Allah SWT telah kurniakan ke atas dirinya salah sebuah perjalanan yang sangat indah di muka bumi ini. Mendapat nikmat seperti wajah yang kacak tidak pernah mendorong dirinya untuk melakukan maksiat dan melupakan Tuhan yang Esa.

Kita teruskan perjalanan ketika Nabi Yusuf telah dipenjarakan oleh Raja Mesir yang bernama Ar-Rayyan bin Al-Walid kerana peristiwa bersama Zulaikha. Setelah lamanya beliau dipenjarakan, kini, Allah SWT pun turunkan pertolongan menerusi mimpi yang Raja Ar-Rayyan dapat ketika tidur. Pada suatu hari, Ar-Rayyan bermimpi bahawa beliau ternampak 7 ekor sapi betina gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi betina kurus. Beliau juga nampak 7 bulir gandum hijau dan 7 bulir gandum kering. Daripada saat itu, Ar-Rayyan merasakan bahawa mimpi ini merupakan satu petanda.

sueño

Keesokan harinya, beliau pun memanggil beberapa orang ahli nujum untuk tafsirkan mimpinya semalam. Namun, mereka rata-rata mengatakan bahawa mimpi itu hanyalah permainan tidur. Setelah beberapa berlalu, Ar-Rayyan mula resah akan mimpi itu. Seorang pelayan istana datang padanya dan memberitahu beliau bahawa ada seorang lelaki di dalam penjara yang boleh tafsirkan mimpi.

“¿Siapakah orangnya itu?” tanya Ar-Rayyan.

“Yusuf, Tuanku” jawab pelayan itu.

Menurutnya, Nabi Yusuf AS menjadi sahabat karibnya semasa beliau ditugaskan di penjara concisamente. Pelayan itu percaya bahawa Nabi Yusuf AS adalah orang yang jujur ​​dan benar. Demikianlah, Raja Mesir itu pun memanggil Nabi Yusuf AS untuk beliau menafsirkan mimpi Sang Raja.

Menurut Nabi Yusuf AS, mimpi yang Ar-Rayyan dapat bukanlah sekadar permainan tidur, namun satu petunjuk dan arahan dari Allah SWT. Bahawa satu hari nanti, Mesir akan dilanda musim kemarau panjang, maka, Allah SWT mengarahkan untuk rakyat Mesir bercucuk tanam selama 7 tahun lamanya agar tidak akan merasakan kelaparan dan kehausan ketika masanya sudah tiba.

sequía

Dalam kitab Tafsir al-Munir, jilid 12, muka surat 277, penulis Dr Wahbah Zuhaili mentafsirkan bahawa sapi-sapi itu menandakan kesuburan tanaman melalui proses penyuburan (fertilización).

Ternyata, apa yang ditafsirkan Nabi Yusuf AS memang benar dan Mesir dilanda kemarau selepas 7 tahun mereka bersedia untuk menghadapinya. Ar-Rayyan berasa bersyukur dan berterima kasih terhadap Nabi Yusuf AS dan daripada situlah bebasnya Sang Nabi daripada diperuk dalam penjara.

Dalam kitab Tafsir al-Munir, jilid 12, muka surat 275, penulis Dr Wahbah Zuhaili mengatakan bahawa mimpi yang dilalui Ar-Rayyan merupakan sebab untuk bebaskan Nabi Yusuf AS daripada penjara kerana beliau tidak bersalah. Itulah hikmah atas peristiwa penafsiran mimpi tersebut.

Selepas dibebaskan dari penjara, Nabi Yusuf AS membersihkan dirinya dan memakai pakaian yang bersih. Dengan itu, beliau ditabal sebagai menteri kewangan Mesir oleh Raja Ar-Rayyan bin al-Walid kerana cekapnya Nabi Yusuf AS dalam bidang politik dan kewangan pada ketika itu.

Dipetik dari kitab Tafsir al-Munir, jilid 13, muka surat 9:

Diálogo de Berlakulah antara Nabi Yusuf AS y Ar-Rayyan:

Nabi Yusuf berdoa sebelum berjumpa dengan Raja concisamente, “Ya Allah, aku mohon padaMu kebaikan daripadanya (Sang Raja) dan aku mohon perlindungan dengan kekuasaan-Mu daripada kejahatannya (Sang Raja)”.

Kemudian, beliau memberi salam dalam bahasa árabe ketika masuk ke dalam kamar Raja.

Ar-Rayyan pun bertanya, “Bahasa apa yang digunakan itu?”.

“Bahasa pakcik-ku, Nabi Ismail, Tuanku” jawab Nabi Yusuf AS

“¿Bahasa apakah itu?” tanya Ar-Rayyan, ingin tahu lagi.

“Bahasa keturunanku” sahut Nabi Yusuf AS

Itulah kali pertama bahasa árabe diperdengarkan kepada Raja Mesir yang pada ketika itu menggunakan bahasa Ibrani.

Wallahu a'lam

Penulis: Hasanah Maznan

Serie del equipo Sirah


Dejar un comentario


Por favor tenga en cuenta que los comentarios deben ser aprobados antes de ser publicados