Allah telah menciptakan Adam dari tanah hitam dalam bentuk manusia. Ia kemudian ditiupkan ruh daripada Allah kepadanya. Maka terjadilah makhluk bernama manusia. Kemudian Allah menyuruh malaikat agar menghormati Adam dengan cara bersujud kepadanya. malaikat bersujud kepada Adam dan seluruh mematuhi perintah Allah kecuali Iblis yang menolak melakukan sujud.
Akibat kesombongann Iblis untuk bersujud kepada Adam, dia diusir dari Syurga dalam keadaan hina.
Iblis bersumpah dengan Allah dia akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar. Allah kemudian berfirman "Keluarlah kamu dari Syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan masukkan ke neraka jahannam."
Ini adalah sebahagian daripada kisah Nabi Adam AS yang pernah kita dengar. Kenapakah makhluk yang dulunya hebat dan mulia telah menjadi makhluk yang paling hina disebabkan oleh beliau SATU perintah Allah.
Adakah yang boleh kita pelajari daripada kisah ini.
Bagaimana kalau kita letakkan diri kita dalam perspektif si Iblis?
"Iblis" disebut sebanyak 11 kali dalam al-Quran. Namanya berasal daripada perkataan " ablasa " yang bermaksud terkeluar daripada rahmat Allah. Kebanyakan Ahli Sufi mengatakan bahawa nama asalnya adalah Azazil. Namun, selepas dia dihalau daripada Syurga, namanya ditukar menjadi Iblis kerana ingkar akan perintah Allah SWT untuk bersujud kepada Nabi Adam AS.
Secara kronologi, kita boleh memahami perspektif Iblis dan meletakkan diri kita dalam dirinya pada saat dia diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam AS.
Perspektif Lain |
Perspektif Iblis |
Iblis ego |
sebab aku dicipta daripada API |
Iblis tak bersyukur |
sebab aku dimuliakan Allah SWT |
Iblis dengki |
sebab aku dicipta sebelum Nabi Adam AS |
Di bawah pula rujukan daripada al-Quran dan kitab-kitab Tafsir mengenai respons Iblis apabila Allah memerintahkan dirinya untuk bersujud kepada manusia pertama yang dicipta.
Surah Sad:76
قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Berdasarkan kitab Tafsir al-Munir yang ditulis oleh Dr Wahbah Zuhaili, muka surat 231, jilid 23-24:
Ayat ini menunjukkan bahawa Iblis mempunyai ego yang tinggi kerana dia berpendapat bahawa dirinya dicipta daripada api, iaitu, unsur yang lebih hebat daripada Nabi Adam yang dicipta daripada tanah. Api mempunya sifat yang megah, berkuasa manakala tanah pula mempunyai sifat yang rendah dan lemah.
Surah Al-A'raf:11-18
وَلَقَدْ خَلَقْنَٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ ٱسْجُدُواَ۟ ٱسْجُدُوا۟ ٱسْجُدُوا۟ ٱسْجُدُوا۟ پإِّدُوا۟ لِإدُوا۟ َآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مَلَقْتَنِى مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مَنَ طِينٍ
قَالَ فَٱهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ ٱِلصَّ
قَالَ أَنظِرْنِىٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلْمُنظَرِينَ
قَالَ فَبِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَٰطَكَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
ثُمَّ لَءَاتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَٰنِهِمْ وَعِآمْ وَعَآمْ وَعَآمَلَ دُ أَكْثَرَهُمْ شَٰكِرِينَ
قَالَ ٱخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَّدْحُورًا ۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهِنَّمُ جَهِنَّمَ
Berdasarkan kitab Tafsir yang sama:
Ayat ini menjadi bukti bahawa Iblis mempunyai sifat dengki yang amat apabila disuruh sujud pada Nabi Adam AS Dia berjanji kepada Allah SWT untuk menyesatkan anak Adam (manusia) hingga ke
hari kebangkitan. Hanya disebabkan perasaan dengki, Iblis berubah dan berdendam dengan Nabi Adam sehingga hari ini.
Meletakkan diri kita dalam perspektif Iblis bukanlah untuk merumuskan bahawa Iblis ada sebab untuk mengingkari perintah Allah tetapi untuk menunjukkan bahawa wujudnya sifat-sifat bermula, ia boleh merosakkan hubungan kita dengan Allah SWT dan orang-orang di sekeliling kita.
Apa yang kita boleh pelajari dan rumuskan daripada kronologi ini?
Pertama, Iblis pada asalnya bukanlah makhluk yang hina. Amalan ibadahnya jauh lebih baik daripada kita yang biasa-biasa sahaja ini. Namun, banyak mana pun ibadah yang telah dilakukannya, disebabkan dosa-dosa kecil seperti dengki, ego dan hasad menjadikan makhluk yang angkuh dan sombong. Apakan pula kita manusia biasa ini? Insan lebih lemah semestinya ada sifat-sifat ini namun, ini tidak bermakna kita tidak boleh berusaha untuk menjauhi diri kita daripada sifat hasad dan dengki.
Kedua, sebagai manusia, haruslah kita banyak bermuhasabah diri. Dalam gambaran ini, kedua Nabi Adam dan Iblis telah melakukan kesilapan. Tapi perbezaannya adalah:
Iblis |
Nabi Adam |
- tak sujud pada Nabi Adam |
- makan buah Khuldi |
- terus sombong |
- terus bertaubat selepas dicampak ke Dunia |
Natijahnya, bila kita buang ego, hasud dan sifat sombong, dengan izin Allah, kita akan hidup lebih senang. Hubungan kita dengan Allah lebih erat, begitu juga dengan manusia lain.
Bila kita simpan rasa dengki dan hasad, perlahan-lahan, ia akan memakan diri kita sendiri. Dari situ, kita mula susah nak terima nasihat orang lain, banyak berburuk sangka dan lupa akan kebesaran Allah.
Wallahu a'lam
Penulis: Hasanah Maznan
Tinggalkan komen