Mengenal Tuhan Yang Sebenar - Nabi Ibrahim AS


Seorang lagi Nabi diantara Ulul Azmi yang lima, Nabi Ibrahim AS Yang tidak asing lagi dengan jasa beliau mencari Tuhan yang sebenar. Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim AS mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan selalu berfikir. Allah memberikannya kekuatan berfikir dan berjidal atau berdebat. Kali ini, kita ikut Nabi Ibrahim AS mencari Tuhan sebenar dan membimbing umatnya ke arah yang lurus.

Tahap Mencari Tuhan:

Azar, merupakan ayahanda kepada Nabi Ibrahim AS dan beliau juga seorang penyembah berhala pada ketika itu. Sewaktu Nabi Ibrahim kecil, beliau sering bertanya kepada ayahnya akan kebolehan berhala-berhala yang duduk dan disembah ayahnya. Namun, Azar tidak mengambil endah tentang soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Baginya, Nabi Ibrahim masih terlalu muda untuk memahami semua ini.

Setelah meningkat remaja, Nabi Ibrahim pun berhadapan dengan kaumnya yang pada ketika itu percaya kepada Tuhan langit. Disebut dalam surah Al-An'am, ayat 76, 77 dan 78 dimana berlakunya perdebatan antara Nabi Ibrahim dan kaumnya yang sedang mencari Tuhan sebenar.

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ ٱلَّيْلُ رَءَا كَوْكَبًا ۖ قَالَ هَٰذَا رَبِّى ۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَبُّلَ قَبِالَ َ

فَلَمَّا رَءَا ٱلْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَٰذَا رَبِّى ۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّرَمِ يَلَّهِ ِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلضَّآلِّينَ

فَلَمَّا رَءَا ٱلشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَٰذَا رَبِّى هَٰذَآ أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّآ أَفَلَتْ أَفَلَتْ ِىٓءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Dalam Kitab Tafsir al-Munir yang diterbitkan oleh Dr Wahbah Zuhaili, jilid 7-8, muka surat 262 dan 263:

Pada asalnya, mereka percaya bahawa bintang adalah Tuhan. Namun, Nabi Ibrahim berkata bahawa bintang hanya berkerdipan pada waktu malam dan pada siang hari, kita tak nampak bintang. Tuhan yang sebenar mesti wujud pada setiap masa dan ciri-ciri itu tidak ada dalam bintang. Maka, Nabi Ibrahim menolak pandangan bahawa bintang itu adalah Tuhan.

matahari terbit

Begitu juga dengan bulan dan matahari, Nabi Ibrahim berpendapat bahawa unsur-unsur ini tidak kekal. Disebabkan itu, ia tidak boleh dijadikan Tuhan dan tempat untuk manusia bergantung.

4 Fasa Perdebatan:

  • Perdebatan antara Nabi Ibrahim AS dan ayahnya, Azar
  • Perdebatan antara Nabi Ibrahim AS dan kaumnya
  • Perdebatan antara Nabi Ibrahim AS dan Raja Namrud
  • Perdebatan antara Nabi Ibrahim AS dan orang-orang yang ingkar

Mukjizat Kalis Api:

Antara mukjizat yang paling menarik dalam sejarah 25 Nabi-Nabi yang kita percaya ialah Nabi Ibrahim diselamatkan daripada dijilat api yang panas. Semuanya bermula ketika Raja Namrud bercadang untuk membina sebuah tempat penyembahan berhala. Setelah siap pembinaan tempat ibadah tersebut, Nabi Ibrahim pun membuat keputusan untuk masuk ke dalam dan menghancurkan berhala-berhala yang ada di situ. Namun, Nabi Ibrahim tidak hancur berhala yang paling besar.

Raja Namrus

Keesokan harinya, Raja Namrud mendapat berita tentang berhala-berhala yang dihancurkan oleh Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim pun dibawa ke muka pengadilan. Raja Namrud dan pengikut-pengikutnya berasa murka terhadap perbuatan Nabi Ibrahim AS

“Ibrahim, betulkah engkau orang yang menghancurkan berhala-berhala ini?” soal Raja Namrud.

“Bukan aku, tapi berhala yang paling besar itu” jawab Nabi Ibrahim AS dengan yakin.

Jawapan Nabi Ibrahim AS itu tidak masuk akal bagi Raja Namrud dan pengikut-pengikutnya pada ketika itu. Tampak betapa rambutnya beliau ketika mendengar jawapan yang diberikan Nabi Ibrahim AS

“Kalau jawapan aku tidak masuk akal, maka betullah bahawa berhala-berhala ini bukan Tuhan kerana ia tidak mampu untuk bergerak dan melindungi dirinya sendiri” kata Nabi Ibrahim AS

Pada mulanya, pengikut-pengikut Raja Namrud mula sedar bahawa setiap apa yang difazkan oleh Nabi Ibrahim itu benar, disebabkan perasaan ego dan sombong namun, Raja Namrud pun memerintahkan untuk membakar Nabi Ibrahim AS hidup-hidup sebagai balasan.

Raja Namrud memanggil orang-orang kampung, rakyat jelata untuk menyaksikan masa yang paling genting ini. Ketika api sedang membara, ada ulama' yang mengatakan bahawa Jibril turun ke bumi untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim namun beliau menolak permintaan Jibril untuk melepaskannya. Saat Nabi Ibrahim mencampakkan dirinya ke dalam api, Allah SWT pun berfirman dalam surah al-Anbiya, ayat 69-70 agar melindunginya dari api yang rancak berarak.

قُلْنَا يَٰنَارُ كُونِى بَرْدًا وَسَلَٰمًا عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ

وَأَرَادُوا۟ بِهِۦ كَيْدًا فَجَعَلْنَٰهُمُ ٱلْأَخْسَرِينَ

Api besar

Maka api yang Allah SWT hantarkan kepada Nabi Ibrahim AS hadir untuk selamatkannya dari tengah-tengah perapian.

Wallahua'lam

Penulis: Hasanah Maznan

Siri Pasukan Sirah


Tinggalkan komen


Sila ambil perhatian, ulasan mesti diluluskan sebelum ia diterbitkan