Nabi Ayyub AS merupakan seorang nabi yang menjadi simbol kesabaran. Tersebut kisahnya bahawa beliau diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang tiada tandingannya. Beliau pada asalnya seorang insan yang dimurahkan rezeki; tanaman, haiwan ternakan dan keluarga yang bahagia. Namun, Allah SWT hendak menguji Nabi Ayyub AS dengan satu ujian yang pasti beliau mampu mengujinya.
Terdapat banyak pelajar yang boleh diraih daripada kisah Nabi Ayyub AS dan kebanyakannya berupa pengajaran dari segi akhlak dan etika. Nabi Ayyub pada asalnya seorang yang kaya dan dermawan, namun, di sini kita boleh lihat bahawa tidak semestinya tidak ada masalah. Bahagia tak semestinya tak ada cabaran. Hidup ini bagaikan satu permainan, begitu juga bagi seorang Nabi yang tidak lari daripada diuji Allah SWT.
Ada banyak cara untuk kita menjadi seorang yang sabar. Tapi, sebelum itu, kita renungkan tentang jenis-jenis sabar yang pernah dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah. Beliau menjelaskan bahawa wujudnya 3 jenis sabar.
Pertama, bersabar dalam menjalani ketaatan. Terus istiqamah dalam membuat sesuatu kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Begitu juga dengan Nabi-Nabi sebelumnya seperti Nabi Ibrahim AS dan Nabi Nuh AS, mengharungi hari-hari penuh cabaran demi menyampaikan risalah kepada umat mereka yang sangat degil. Pada masa yang sama juga, menjadi terus taat kepada perintah Allah SWT walaupun dihina, dicaci dan dicerca. Sabar menjadi kunci kejayaan mereka menyampaikan dakwah.
Kedua, bersabar dalam menjauhi larangan. Satu-satunya perkara yang nampak mudah namun susah bila kita diletakkan dalam keadaan itu sendiri. Meninggalkan larangan Allah SWT juga bukan suatu perkara yang mudah, ia memerlukan disiplin dan kesabaran. Namun, itu tidak bermakna ianya mustahil. Dengan adanya kesabaran, sudah tentu perkara ini menjadi tidak mustahil, malah, menjadi sumber kekuatan kita untuk terus menempuh cabaran di masa hadapan.
Ketiga, bersabar ketika menerima ujian daripada Allah SWT. Inilah kesabaran yang membawa Nabi Ayyub kepada darjat yang sangat tinggi di mana Allah SWT memuji beliau dalam surah Sad, ayat 44. Kesakitan yang beliau hadapi selama hampir 18 tahun telah menjadikan Nabi Ayyub AS simbol kesabaran yang tinggi kerana tidak ada manusia dalam dunia ini yang mampu bertahan seperti beliau.
dan َّهُۥٓ أَوَّابٌ
Itulah 3 jenis sabar yang dipesan Imam Al-Ghazali. Namun, pokok persoalannya adalah bagaimana kita harus menanam sifar sabar dalam diri ini?
Allah SWT pernah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 146, Dia memuji orang-orang yang banyak bersabar. Ganjaran orang-orang sabar ini lain daripada yang lain dan berlipat ganda. Berikut merupakan beberapa cara untuk kita terus bersifat sabar.
وَكَأَيِّن مِّن نَّبِىٍّ قَٰتَلَ مَعَهُۥ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا۟ لِمَآ أَصَبَلِ لِمَآ أَصَابِلَ مَا ضَعُفُوا۟ وَمَا ٱسْتَكَانُوا۟ ۗ
وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلصَّٰبِرِينَ- Berfikiran Positif
Jangan sesekali kita berburuk sangka dengan Allah SWT saat kita diuji. Apabila kita mula berfikiran negatif terhadap takdir Allah, mulalah satu fasa atau kehidupan yang tidak akan menjadi kesusahannya. Allah SWT berfirman dalam surah ad-Dhuha, ayat 3 bahawa Allah tidak akan pernah tinggalkan hamba-Nya atau membencinya dan itu adalah janji dan Allah SWT tidak pernah mungkir janji.
- Belajar mengawal emosi
Antara cara untuk kita bersabar adalah untuk mengawal emosi sebelum ia dapat mengawal diri kita. Beristighfar merupakan salah satu cara untuk kita terus mengingati Allah SWT dan terus rasa tenang. Lebih-lebih lagi apabila kita marah, tanpa kita sedar, kita boleh menyakiti seseorang jika kita tidak mengawal emosi. Tersebut dalam sebuah hadith apabila seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi Muhammad SAW, lalu, baginda memesan untuk jangan marah.
- Berkomunikasi
Apabila kita sedang menempuh hari-hari susah dalam kehidupan, adalah penting untuk kita berkomunikasi dengan cabaran, lebih-lebih lagi dengan Allah SWT kerana tanpa-Nya, mana mungkin kita dapat menerima ini dengan hati yang terbuka. Selepas Allah SWT, barulah kita berkomunikasi dengan orang-orang yang rapat seperti ahli keluarga agar kita tidak terus dibelenggu dengan kebingungan dan kemarahan.
Wallahu a'lam
Penulis: Hasanah Maznan
Siri Pasukan Sirah
Tinggalkan komen