Nabi Sulaiman AS - Menjadi Insan yang Rendah Diri


Sebagai seorang muslim, kita tahu bahawa Nabi Sulaiman AS merupakan antara nabi yang cerdas dan kaya raya. Namun begitu, Nabi Sulaiman tidak pernah bersikap lupa diri dan tidak bersyukur. Hatta, Nabi Sulaiman AS bukan sahaja boleh berbual dengan ciptaan Allah SWT yang lain, namun, beliau juga berbuat baik dan memastikan mereka semua tidak dizalimi dan diambil mudah.

lelaki arab

Alkisah pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS mengumpulkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin-jin dan burung-burung untuk menyertai peperangan. Dalam perjalanan mereka ke daerah Ta'if, mereka termasuk di kawasan lembah dan terdapat banyak kawasan semut di situ. Alangkah takutnya kerana semut bila mereka dapat tahu bahawa Nabi Sulaiman AS dan bala tenteranya akan melalui jalan ini. Mereka takut dipijak-pijak sehingga mati.

Raja Semut yang bernama Jirsan itu pun memerintahkan kepada semut yang lain untuk masuk ke dalam diri masing-masing seperti yang tertulis dalam surah al-Naml, ayat 18:

حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوْا۟ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمْلِ ٱلنَّمْلِ ٱلنَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٱلنَّمْلُ ٰ َا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمْ لَا

يَشْعُرُونَ

''Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

semut

Setelah Nabi Sulaiman AS mendengar kata-kata Raja Semut itu, beliau pun tertawa. Kemudian, Nabi Sulaiman AS berasa sangat bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan beliau mukjizat untuk memahami bahasa haiwan sehingga beliau dapat memahami betapa takutnya untuk semut tersebut. Selepas itu, Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah SWT seperti yang tertulis dalam surah al-Naml, ayat 19:

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱَلَّعْمَتَكَ ٱَلَّتِى ٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ

صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ

"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. ".

Nabi Sulaiman AS kemudiannya memerintahkan tenteranya untuk berhenti dan mencari jalan lain untuk sampai ke destinasi.

Dari kisah ini, kita boleh mengambil pengajaran bahawa pentingnya sebagai seorang insan untuk terus bersikap rendah diri. Walau besar mana pun nikmat yang dikurniakan untuk diri ini, tidak semestinya kita boleh bersifat bongkak dan sombong. Seperti Nabi Sulaiman AS, walau kaya dan bijak mana pun beliau sebagai seorang Nabi, beliau tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah SWT dan meminta lindungan daripada-Nya.

Jadi sebagai seorang insan yang banyak melakukan kesilapan, adakah kita berhak untuk menzalimi kenikmatan yang Allah SWT kurniakan?

Penulis: Hasanah Maznah

Siri Pasukan Sirah


Tinggalkan komen


Sila ambil perhatian, ulasan mesti diluluskan sebelum ia diterbitkan