Siri Sirah — Islamic Blog RSS



Nabi Sulaiman AS - Menjadi Insan yang Rendah Diri

Sebagai seorang muslim, kita tahu bahawa Nabi Sulaiman AS merupakan antara nabi yang cerdas dan kaya raya. Namun begitu, Nabi Sulaiman tidak pernah bersikap lupa diri dan tidak bersyukur. Hatta, Nabi Sulaiman AS bukan sahaja boleh berbual dengan ciptaan Allah SWT yang lain, namun, beliau juga berbuat baik dan memastikan mereka semua tidak dizalimi dan diambil mudah. Alkisah pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS mengumpulkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin-jin dan burung-burung untuk menyertai peperangan. Dalam perjalanan mereka ke daerah Ta'if, mereka termasuk di kawasan lembah dan terdapat banyak kawasan semut di situ. Alangkah takutnya kerana semut bila mereka dapat tahu bahawa Nabi Sulaiman AS dan bala tenteranya akan melalui jalan ini. Mereka takut dipijak-pijak sehingga mati. Raja Semut...

Teruskan membaca



Sisa-sisa Hidup Firaun - Nabi Musa AS

Antara pengajaran-pengajaran dari kisah-kisah Anbiya yang boleh buat kita bermuhasabah diri dan gerun akan azab Allah SWT ialah kisah Nabi Musa AS Kewujudan manusia seperti Firaun membuatkan kita terfikir, adakah patut kita menafikan kebesaran Allah SWT? Setelah jelas segalanya yang menjadi bukti keagungan Allah SWT. Mukjizat demi mukjizat datang silih-berganti, hingga kebenaran Musa AS tampak jelas di setiap mukjizat itu. Demikianlah keadaan Nabi Musa AS dan Fir'aun. Allah SWT memberikan sejumlah mukjizat kepada Musa AS yang menunjukkan kebenarannya. “Dan tidaklah Kami perlihatkan suatu mukjizat kepada mereka kecuali (mukjizat itu) lebih besar daripada mukjizat-mukjizat (yang sebelumnya) Dan Kami timpakan kepada mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Az-Zukhruf: 48). dan Tapi apa boleh buat, hati kaum Qibthi dan raja mereka...

Teruskan membaca



Tafsirkan Mimpi, Bebaskan Diri - Nabi Yusuf AS

Seorang Nabi yang dikurniakan dengan wajah yang paling kacak, beliau juga disayangi oleh Ayahanda Nabi Ya'qub AS Walaupun beliau dibenci dan disingkirkan oleh adik beradiknya, Allah SWT telah kurniakan ke atas dirinya salah satu perjalanan yang sangat indah di muka bumi ini. Mendapat nikmat seperti wajah yang kelihatan tidak pernah mendorong dirinya untuk melakukan maksiat dan melupakan Tuhan yang Esa. Kita teruskan perjalanan ketika Nabi Yusuf telah dipenjarakan oleh Raja Mesir yang bernama Ar-Rayyan bin Al-Walid kerana peristiwa bersama Zulaikha. Setelah lamanya beliau dipenjarakan, kini, Allah SWT pun menurunkan pertolongan menerusi mimpi yang Raja Ar-Rayyan dapat ketika tidur. Pada suatu hari, Ar-Rayyan bermimpi bahawa beliau ternampak 7 ekor sapi betina gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi betina kurus. Beliau juga...

Teruskan membaca



Mengenal Tuhan Yang Sebenar - Nabi Ibrahim AS

Seorang lagi Nabi diantara Ulul Azmi yang lima, Nabi Ibrahim AS Yang tidak asing lagi dengan jasa beliau mencari Tuhan yang sebenar. Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim AS mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan selalu berfikir. Allah memberikannya kekuatan berfikir dan berjidal atau berdebat. Kali ini, kita ikut Nabi Ibrahim AS mencari Tuhan sebenar dan membimbing umatnya ke arah yang lurus. Tahap Mencari Tuhan: Azar, merupakan ayahanda kepada Nabi Ibrahim AS dan beliau juga seorang penyembah berhala pada ketika itu. Sewaktu Nabi Ibrahim kecil, beliau sering bertanya kepada ayahnya akan kebolehan berhala-berhala yang duduk dan disembah ayahnya. Namun, Azar tidak mengambil endah tentang soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Baginya, Nabi Ibrahim masih terlalu muda untuk memahami semua ini. Setelah meningkat...

Teruskan membaca



Bersedia Menghadapi Banjir Besar-Nabi Nuh AS

Nabi Nuh AS juga tergolong diantara lima Ulul Azmi, di mana beliau diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyampaikan dakwah kepada umat yang sangat mencabar. Kita sering mengaitkan Nabi Nuh AS dengan banjir besar yang melanda tempatnya ketika itu, menjadi azab kepada orang-orang yang tidak mengikut perintah Allah SWT. Namun, salah satu faktor mengapa Nabi Nuh dijadikan ulul azmi adalah kerana darah dagingnya sendiri tidak boleh mengikut risalah yang disampaikannya. Nabi Nuh AS hidup selama 950 tahun dan ketika beliau berumur 480 tahun, beliau diangkat menjadi Rasul. Dalam surah Nuh, ayat 1, merupakan wahyu pertama yang dihantar kepada beliau oleh Malaikat Jibril. Dengan seraya Jibril berkata kepada Nabi Nuh untuk memberi peringatan kepada seorang raja yang zalim yang bernama, Darmasyil bin...

Teruskan membaca