AB LAASA " Pesona Ayat-Ayat Cinta Dari Neraka " . Buku ni cerita pasal apa? Seolah-olah kamu sedang bercakap dengan Iblis dan syaitan dalam diam, bagaimana dia memasukkan jarum hasutan yang sangat halus sehinggakan seorang Pendosa terus melakukan dosa. . Bahkan, orang yang berilmu tenggelam dalam ilmunya sehingga menjadi manusia yang terlaknat tanpa dia sedari, bagaimana Iblis berbicara denganmu, membelaimu dan berbisik lantas, kau terus mahu ikutinya walau sebenarnya bibirmu berkata sebaliknya. . Apa rahsia Iblis ini sehingga dia mampu merosakkanmu sedangkan kau tahu dia adalah musuh utamamu. Siapa temanmu, siapa sahabat mu, bagaimana nafsu mengeksploitasi hidupmu hingga ada yang sanggup membunuh diri kerana refleksi khayalan mainan semata-mata. . "Aku ada denganmu dan janjiku dari masa mula ku dilaknat akan termetrai bersama-sama korbanku ke Neraka yang menyala" Sukarnya menempuh jalan ke Syurga bukan? Kenapa? Kerna aku ada denganmu... . Iblis dan bala tenteranya tidak akan pernah berputus asa, namun ada jalannya untuk mematahkan perisainya. Buku seolah-olah kamu sedang bercakap dengan Iblis ini sebenarnya "agak seram" namun mampu mengingatkan kamu tentang bahayanya fitnahnya itu.