KONSPIRASI TITANIC
Konspirasi Illuminati Antarabangsa bukanlah perkara baru dalam dunia ini. Sejak zaman berzaman konspirasi ini memainkan peranannya dalam pelbagai tragedi di dunia sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada kapal Titanic.
Ramai orang menyangka kapal Titanic tenggelam disebabkan oleh perlanggaran denga bongkah air batu secara tidak sengaja namun bukti-bukti menunjukkan bahawa kapal mewah tersebut sengaja ditenggelamkan untuk membunuh musuh-musuh illuminati.
Siasatan pihak Britain terhadap kapal Titanic, menunjukkan ada kaitan dengan sejumlah besar urusan iluminati, bermula daripada penglibatan yang meluas kumpulan Freemason dalam kerajaan dan wujudnya mereka dalam sistem politik Britain pada umumnya. Mereka yang terlibat sukar dikesan kerana bijak menyembunyikan identiti mereka.