Combo Juang Melayu - Izzudin Collection

Combo Juang Melayu - Izzudin Collection

Regular price $46.00
Shipping calculated at checkout.

Juang Melayu

SINOPSIS JUANG MELAYU

Perjuangan bangsa Melayu terdahulu merupakan satu jihad bagi mempertahankan tanah air yang meliputi maruah bangsa dan agama. Tokoh-tokoh pejuang yang telah banyak bertumpah darah, memerangi segala urusan campur tangan penjajah telah membuktikan bahawa tanah ini masih mempunyai tuannya. Segala hal yang berkaitan perlu melalui ‘tuannya’ terlebih dahulu.

Tindakan kurang sopan dan tiada adab sang penjajah yang cuba mencampuri urusan keagamaan telah mencetuskan kebangkitan dari kalangan rakyat jelata bagi mempertahankan kesucian agama Islam yang sudah bertapak sekian lama. Persoalannya kini, segala titik peluh, keringat basah serta pertumpahan darah para pejuang terdahulu, apakah kita benar-benar menghayatinya?

Atau sekadar melihat kisah-kisah pejuang ini sebagai sebuah kisah, hikayat yang hanya untuk diimbau semata-mata?

Bongkar, hayati dan amati rahsia kehebatan pejuang terdahulu. Kerana kekuatan mereka hanya ‘satu’. Iaitu Allah yang satu, Muhammad pesuruhNya.

 

BATTALION AL MAHDI

Karya ini bakal memberikan pencerahan fasa2 akhir zaman yang sekarang dilihat agak keliru. Saya mengambil insiatif untuk berkongsi dengan semua berkenaan apa yang sedang berlaku sekarang dan pada fasa manakah kita sedang berada. Kita selalu didedahkan dengan ancaman2 serta kisah2 yang berkaitan lawan (musuh) kita.

Tapi, di pihak Islam, tiada yang mendendangkan ‘kekuatan’ yang menjadi benteng buat diri kita sebagai persediaan. Banyak pihak hanya berbicara soal organisasi gelap, agenda hidden hand dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa bicara soal penawar atau penyembuh bagi ‘penyakit’ ancaman terhadap umat akhir zaman.

Selagi seseorang itu bergelar Islam, mereka sudah ada kekuatan. Mereka sudah ada Allah dan Rasul. Itu kekuatan paling utama yang ramai tidak sedari. Insya Allah, karya ini sedikit sebanyak akan memberikan masyarakat khususnya anak muda akan kepentingan mengambil tahu soal akhir zaman dan cara membentengi diri sekurang kurangnya.

 

THE RISE OF FALLEN KINGDOM

SINOPSIS THE RISE OF FALLEN KINGDOM

Kerajaan purba Melayu dikatakan sudah wujud sekian lama menurut beberapa sumber-sumber yang masih ada pada hari ini. Kepulauan Nusantara bukanlah kepulauan yang baru sahaja diterokai. Bahkan, Nusantara sudah mempunyai ketamadunan sebelum era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bagaimana mungkin kita mengatakan bahawa Melayu itu baru sahaja wujud semasa Kerajaan Melayu Melaka?

Sedangkan, kita pernah menjadi tumpuan dunia suatu masa dahulu. Percaya atau tidak, kita mempunyai TAMADUN TERTUA yang setanding dengan empayar Rom. Kita sudah wujud bukan ratusan tahun terdahulu tetapi kita sudah hadir di Nusantara sejak ribuan tahun! Ramai yang mempertikaikan tentang agama apakah orang-orang terdahulu. Karya ini bakal memberikan pencerahan sewajarnya bahawa generasi terdahulu sudah pun mengimani Allah yang satu.

Moga karya ini menjadi cetusan buat masyarakat pada hari ini untuk terus kuat mengkaji dan meneladani nilai-nilai 'keemasan' yang terdapat dalam sejarah bangsa Kita.