HR-MEMBONGKAR RAHSIA HADIS PERINGKAT ZAMAN

HR-MEMBONGKAR RAHSIA HADIS PERINGKAT ZAMAN

Regular price $23.00
Shipping calculated at checkout.

Membongkar Rahsia Hadis

Bermula dengan menceritakan umur dunia dan umur manusia di atas muka bumi ini, penulis mengajak para pembaca merenung beberapa peringkat zaman yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W.

Baginda membahagikan zaman di dunia ini kepada lima peringkat; zaman kenabian (Minhaj Nubuwwah), Zaman Khalifah (Khalifah Al-Rasyidin), Zaman Pemerintahan yang menggigit (Mulkan Adhan), Zaman Pemerintahan Kuku Besi (Mulkan Jabariyan), dan Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian (Khalifah Al-Minhaj Nubuwwah).

Kini, kita memasuki Zaman Mulkan Jabariyan iaitu zaman pemerintahan diktator atau kuku besi. Walaupun zaman ini dibayangkan sebagai akhir zaman dan telah hampir dengan kiamat, tetapi kita masih belum nampak tanda-tanda jelas akan bukti-bukti kebenaran pada peringkat zaman yang dijanjikan iaitu zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut zaman Nubuwwah.