HR- MISTERI YA'JUJ MAKJUJ

HR- MISTERI YA'JUJ MAKJUJ

Regular price $14.00
Shipping calculated at checkout.

MISTERI YA'JUJ MA'JUJ:

Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia membuka mata yang menatap bahawa setiap inci kehidupan manusia hari ini berpaksikan budaya Barat. Daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar masalah semuanya seperti bersumberkan Barat seolah-olah kita tidak pernah mempunyai kebudayaan sendiri. Tanpa sedikit pun kita ketahui sebenarnya telah banyak pengaruh Barat membawa keburukan berbanding kebaikannya.

Rupa-rupanya terlalu banyak anasir dan produk Barat yang sangat diagungkan telah merosakkan kita dan puncanya adalah pihak Barat yang dipercayai berketurunan Ya'juj & Ma'juj. Ya, Ya'juj & Ma'juj yang dahulunya mengganas di kawasan pergunungan, kemudiannya dikurung oleh Zulkarnain iaitu lelaki yang disebut dalam surah al-Kahfi. Sekelompok manusia meminta bantuan Zulkanain untuk menyekat kemaraan Ya'juj & Ma'juj.

Dengan membina tembok di tengah-tengah, telah menutup jalan bagi Ya'juj & Ma'juj untuk menyerang. Jadi, adakah keturunan daripada Ya'juj & Ma'juj ini telah kembali untuk merosakkan dunia? Hari ini, dunia sedang dikelolakan oleh Barat yang berasal daripada keturunan Khazar. Manakala YA'JUJ MA'JUJ masih terus misteri, bangsa Eropah pula terus berusaha demi ' Kehancuran Dunia'.