Hadi Fayyadh Collection- BANGKITNYA LEGASI ANAK IBLIS
Hadi Fayyadh Collection- BANGKITNYA LEGASI ANAK IBLIS
Hadi Fayyadh Collection- BANGKITNYA LEGASI ANAK IBLIS
Hadi Fayyadh Collection- BANGKITNYA LEGASI ANAK IBLIS
Hadi Fayyadh Collection- BANGKITNYA LEGASI ANAK IBLIS

Koleksi Hadi Fayyadh- BANGKITNYA LEGASI ANAK IBLIS

Harga biasa $15.00
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Agenda depopulasi manusia, keruntuhan akhlak, Kebuluran memuncak, pemberontakan kaum, iklim dan pemanasan global yang kritikal, serta penyembahan dan pendewaan Dajjal berskala mega tersebar bagai dihampar sebuah baldu berduri di seluruh permukaan bumi.
.
Seluruh manusia menyaksikan, Nabi Isa yang turun dari awan, berbicara antara dua kaki langit, dengan semua bangsa dan bahasa yang difahami, manusia khusyu' terpegun sedangkan aku sedar ia hanya sebuah teknologi hologram yang dipancarkan di seluruh dunia. Adakah yang lain tidak tahu?
.
Dewa-dewa hiburan memainkan lagu mereka, manusia lupa dan ganas bagai zombie yang kerasukan. Para Ilmuan Islam terpisah antara munafik dan kebenaran hanya sedikit dan mampukah aku bernaung di bawah keimanan yang ada pada mereka?
.
Penguasaan teknologi dunia diramal musnah dalam satu malam, menyaksikan segala peranti tidak lagi berfungsi. Lebih 70,000 pengikut dan pejuang Al Messiah melihat menghabiskan sisa-sisa persiapan yang tertinggal. Adakah yang mereka lakukan dan benarkah Al Messiah telah muncul? .
.
Matahari memancarkan cahaya dalam kondisi yang berbeza dari sebelumnya, langit umpama bergelap, adakah ini Ad Dukhan bakal berlaku? Berita ngeri Meteor yang sedang menuju ke Bumi tidak lagi terdengar, hanya ketakutan manusia daripada kematian.
.
Atmosfera udara dunia mula menampakkan remang kelibat meteor yang semakin mendekat. Allah Maha Besar. Langit malam bersinar. Semua manusia terbeliak. Adakah yang berlaku? Dimanakah pengembaraan dunia akhir zaman ini akan berakhir?