Karya Dr Mat Rofa Ismail - Buku ini bukanlah catatan perjalanan semata-mata,tetapi cetusan dan ungkapan pemikiran penulis terhadap ibadah haji,falsafah manasik,jejak sirah perjuangan Rasulullah SAW,ibrah dan renungan sepanjang berada di Makkah dan Madinah.Kami meletakkan bentuk tulisan ini dalam kategori Travelog Ibadah dan Sejarah
Semoga genre ini mentakrifkan satu naratif ilmiah yang menggabungkan pengalaman perjalanan ibadah dengan tema yang berbentuk analisis sejarah Islam yang murni. Tiga bab pertama buku mengungkap perjalanan ibadat haji penulis bersama jamaah haji yang lain ketika berada di Padang Arafah, Muzdalifah,Wadi Muhassir,Muassim,Makkah dan Madinah serta beberapa tempat yang bersejarah
Manasik haji dinukil kembali menerusi pengalaman dan rujukan kitab manasik haji. Manasik haji melibatkan wukuf, bermalam di Muzdalifaj dan Mina, melontar jamrah, tahalul awal,tawaf rukun sa'i dan korban dihuraikan berdasar sumber ilmiah dan amali peribadi penulis sebagai jamaah haji. Empat bab yang berikutnya ditumpukan kepada jejak sirah baginda SAW., sejarah Makkah Al Mukarramah dan Madinah al Munawarrah, tempat bersejarah, peristiwa lampau dan suasana terkini yang terkait dengan perjalanan kami di sekitar Tanah Suci.