SINOPSIS JUANG MELAYU
Perjuangan bangsa Melayu terdahulu merupakan satu jihad bagi mempertahankan tanah air yang meliputi maruah bangsa dan agama. Tokoh-tokoh pejuang yang telah banyak bertumpah darah, memerangi segala urusan campur tangan penjajah telah membuktikan bahawa tanah ini masih mempunyai tuannya. Segala hal yang berkaitan perlu melalui 'tuannya' terlebih dahulu.
Tindakan kurang sopan dan tiada adab sang penjajah yang cuba mencampuri urusan keagamaan telah mencetuskan kebangkitan dari kalangan rakyat jelata bagi mempertahankan kesucian agama Islam yang sudah bertapak sekian lama. Persoalannya kini, segala titik peluh, keringat basah serta pertumpahan darah para pejuang terdahulu, apakah kita benar-benar menghayatinya?
¿Atau sekadar melihat kisah-kisah pejuang ini sebagai sebuah kisah, hikayat yang hanya untuk diimbau semata-mata?
Bongkar, hayati dan amati rahsia kehebatan pejuang terdahulu. Kerana kekuatan mereka hanya 'satu'. Iaitu Allah yang satu, Muhammad pesuruhNya.