Antara pengajaran-pengajaran dari kisah-kisah Anbiya yang boleh buat kita bermuhasabah diri dan gerun akan azab Allah SWT ialah kisah Nabi Musa AS Kewujudan manusia seperti Firaun membuatkan kita terfikir, adakah patut kita menafikan kebesaran Allah SWT? Setelah jelas segalanya yang menjadi bukti keagungan Allah SWT.
Mukjizat demi mukjizat datang silih-berganti, hingga kebenaran Musa AS tampak jelas di setiap mukjizat itu. Demikianlah keadaan Nabi Musa AS dan Fir'aun. Allah SWT memberikan sejumlah mukjizat kepada Musa AS yang menunjukkan kebenarannya.
“Dan tidaklah Kami perlihatkan suatu mukjizat kepada mereka kecuali (mukjizat itu) lebih besar daripada mukjizat-mukjizat (yang sebelumnya) Dan Kami timpakan kepada mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Az-Zukhruf: 48).
dan
Tapi apa boleh buat, hati kaum Qibthi dan raja mereka dibuat dari batu, sehingga tidak ada satu pun hati di antara mereka yang lembut, dan tidak ada satu pun lisan mereka yang mengucapkan iman. Malah, mereka terus menerus berada dalam kekufuran. Seperti yang pernah dikupas dalam blog tentang Nabi Adam AS bahawa perasaan ego dan cemburu menjadi sebab seseorang itu boleh terpesona.
"Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemudi dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Fir'aun dan para kaumnya akan menyeksa mereka. Sesungguhnya Fir'aun itu bermaharajalela di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang yang melampaui batas." (Yunus: 83)
فَمَآ ءَامَنَ لِمُوسَىٰٓ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِۦ عَلَىٰ خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ فِرْعَوْنَ فِرْعَوْنَ َهُمْ ۚ وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ
فِى ٱلْأَرْضِ وَإِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلْمُسْرِفِينَ
Hilang sudah kesabaran Bani Israil, kerana musibah bencana turun menimpa mereka, dan tentera Fir'aun menimpakan kepada mereka seksaan terburuk, sehingga mereka meminta Nabi Musa AS berdoa dan memohon pertolongan kepada Allah SWT agar menyelamatkan mereka dari musibah, kesulitan, dan petaka yang datang silih berganti tanpa henti. Setelah itu, Allah SWT pun memberi arahan kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya pergi dari Mesir. Mereka pun bergerak pada waktu malam, namun, Firaun tetap dapat mengejar mereka.
Sejarah menjadi hitam apabila tiba masanya untuk Firaun dihancurkan oleh Allah SWT. Setelah laut merah dibelah dan Nabi Musa AS sudah pun merentas ke tepi pantai, itulah saatnya, Allah SWT merapatkan dua belah laut itu dan gelombang serta menyapu pengikut-pengikut Firaun.
Ketika Jibril melihat nasib Firaun dan menyumbat mulutnya dengan lumpur lautan agar dia tidak bertaubat sehingga mendapat rahmat Allah SWT, Firaun berteriak kalau yakin ditimpa azab sambil berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang- orang Muslim (berserah diri)." (Yunus: 90)
dan ٰٓ إِذَآ أَدْرَكَهُ ٱلْغَرَقُ قَالَ
ءَامَنتُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتْ بِهِۦ بَنُوٓا۟ إِسْرََٰٓءِيلم مِينَHari ini, kita masih nampak sisa-sisa tubuh Firaun yang diletakkan di muzium, namun, ini semua menjadi bukti bahawa barangsiapa yang ingkar dan sombong terhadap Allah SWT, inilah padahnya. Azab yang diturunkan kepada Firaun sudah cukup menjadi dalil bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan tiada apa yang berdiri dengan-Nya.
Sumber: Kisah-Kisah dalam Al-Qur'an berdasarkan riwayat-riwayat sahih (صحيح قصص القرآن) – karya Dr Hamid Ahmad Ath-Thahir
Wallahu a'lam
Penulis: Ibtihal al-Hamdani
Siri Pasukan Sirah
Tinggalkan komen