Buah Yang Menyebabkan Nabi Adam A.S Dicampak Ke Bumi - Konteks Yang Berbeza Dari Ulama' Islam dan Nasrani


Signifikan Buah Khuldi dari Syurga

Setelah kita merungkai perspektif Iblis dalam kisah Nabi Adam A.S, kali ini, kita cuba mendalami tentang sebiji buah yang telah menjadi sebab Nabi Adam dicampakkan ke Dunia. Konteks yang berbeza dari ulama' Islam dan Nasrani. Tapi pokok persoalannya adalah, apakah rupa buah Khuldi? atau dalam bahasa kasar, buah Khuldi itu buah apa?

Pokok buah Kuldi

(Gambar hiasan)

Terdapat banyak pendapat tentang buah istimewa ini. Sebahagian orang percaya bahawa buah ini hanya ada di Syurga dan ada juga bertanggapan bahawa buah ini boleh didapati di Dunia. Namun, kita akan merungkai perbezaan pendapat daripada ulama' Islam dan juga Nasrani.

Mengikut rujukan:

Islam

Nasrani

Surah al-Waqi'ah, ayat 28

Book of Genesis, bab 3, ayat 4-5

Surah al-Baqarah, ayat 35

 

Surah Ibrahim, ayat 26

 

 

Beberapa teori dari negara-negara yang berbeza tentang jenis buah Khuldi ini. Kalau di Barat Eropah, mereka menganggap bahawa buah Khuldi itu adalah buah epal. Orang Yunani purba pula bertanggapan bahawa buah Khuldi adalah buah anggur, manakala di Timur Tengah, mereka mendakwa bahawa ianya adalah buah delima. Semasa zaman pembaharuan Itali, mereka mentafsirkan bahawa buah Khuldi adalah buah tin.

Buah Tin

Sebelum kita merungkai tafsiran dari ayat-ayat al-Quran di atas, mari kita mengimbas semula kisah buah Khuldi ini. Terdapat banyak versi dari pelbagai agama tentang buah ini.

  • Dari kitab Injil, buah inilah menjadi sebab kaum lelaki mempunyai halkum atau dipanggil "Adam's apple" dalam bahasa Inggeris. Ketika Nabi Adam makan buah tersebut, ia tersangkut di tekaknya.

Apple fruit

 

  • Manakala versi yang kita selalu dengar dari ulama-ulama Islam adalah selepas makan buah tersebut, Adam dan Hawa terus terbogel dan mereka dengan cepat menutup aurat mereka menggunakan dedaun dari pokok tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa selepas Nabi Adam menelan buah tersebut, beliau sakit perut dan terus membuang air besar. Perkara ini pelik kerana di Syurga (tempat yang suci dari najis), ia tidak berlaku.

Dalam surah al-Waqi'ah, ayat 28,

فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ

Mereka berada di pohon bidara yang tidak berduri, tidak membahayakan

Dr Wahbah Zuhaili, pengarang kitab Tafsir al-Munir telah mengatakan bahawa 'pokok' yang disebut dalam ayat tersebut berada di Syurga. Sejenis pokok yang lebat daunnya dan tak ada duri. Airnya mengalir siang dan malam daripada akar hingga ke dahan. Buahnya banyak sangat dan ia takkan jatuh seperti pokok buah yang ada di Dunia.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 35,

وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.

- ada yang mengatakan bahawa ianya pokok anggur dan disebabkan itulah kita tidak dibenarkan minum arak

- ada yang kata bahawa ia adalah pokok tin

Namun, Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa yang penting, buahnya telah dimakan Nabi Adam dan disebabkan itulah beliau diusir dari Syurga.

Dalam surah Ibrahim, ayat 26,

وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ ٱلْأَرْضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ

Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

Pengarang kitab ini mentafsirkan pokok yang disebut mempunyai rupa dan bentuk yang sangat cantik, baunya harum semerbak dan buahnya sangat sedap dan enak (kemungkinan juga Nabi Adam tertarik dengannya). Pokok ini akarnya berada di tanah dan daunnya terletak di langit.

Wallahu a'lam

Penulis: Hasanah Maznan

Team Sirah Series

 

 


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published