Sirah Series — Islamicbooks RSS



Nabi Sulaiman A.S - Menjadi Insan yang Rendah Diri

  Sebagai seorang muslim, kita tahu bahawa Nabi Sulaiman A.S merupakan antara nabi yang cerdas dan kaya raya. Namun begitu, Nabi Sulaiman tidak pernah bersikap lupa diri dan tidak bersyukur. Hatta, Nabi Sulaiman A.S bukan sahaja boleh berbual dengan ciptaan Allah SWT yang lain, namun, beliau juga berbuat baik dan memastikan mereka semua tidak dizalimi dan diambil mudah.   Alkisah pada suatu hari, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin-jin dan burung-burung untuk menyertai sebuah peperangan. Dalam perjalanan mereka ke daerah Ta'if, mereka termasuk di sebuah kawasan lembah dan terdapat banyak sarang semut di situ. Alangkah takutnya para semut bila mereka dapat tahu bahawa Nabi Sulaiman A.S dan bala tenteranya akan melalui jalan ini. Mereka takut dipijak-pijak...

Continue reading



Tafsirkan Mimpi, Bebaskan Diri - Nabi Yusuf A.S

Seorang Nabi yang dikurniakan dengan wajah yang paling kacak, beliau juga disayangi oleh Ayahanda Nabi Ya’qub A.S. Walaupun beliau dibenci dan disingkirkan oleh adik beradiknya, Allah SWT telah kurniakan ke atas dirinya salah sebuah perjalanan yang sangat indah di muka bumi ini. Mendapat nikmat seperti wajah yang kacak tidak pernah mendorong dirinya untuk melakukan maksiat dan melupakan Tuhan yang Esa. Kita teruskan perjalanan ketika Nabi Yusuf telah dipenjarakan oleh Raja Mesir yang bernama Ar-Rayyan bin Al-Walid kerana peristiwa bersama Zulaikha. Setelah lamanya beliau dipenjarakan, kini, Allah SWT pun turunkan pertolongan menerusi mimpi yang Raja Ar-Rayyan dapat ketika tidur. Pada suatu hari, Ar-Rayyan bermimpi bahawa beliau ternampak 7 ekor sapi betina gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi betina kurus. Beliau juga...

Continue reading



Mengenal Tuhan Yang Sebenar - Nabi Ibrahim A.S

Seorang lagi Nabi diantara Ulul Azmi yang lima, Nabi Ibrahim A.S. Yang tidak asing lagi dengan jasa beliau mencari Tuhan yang sebenar. Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim A.S mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan selalu berfikir. Allah memberikannya kekuatan berfikir dan berjidal atau berdebat. Kali ini, kita ikut perjalanan Nabi Ibrahim A.S mencari Tuhan sebenar dan membimbing umatnya ke arah yang lurus. Tahap Mencari Tuhan: Azar, merupakan ayahanda kepada Nabi Ibrahim A.S dan beliau juga seorang penyembah berhala pada ketika itu. Sewaktu Nabi Ibrahim kecil, beliau sering bertanyakan kepada ayahnya akan kebolehan berhala-berhala yang diukir dan disembah ayahnya. Namun, Azar tidak ambil endah tentang soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Baginya, Nabi Ibrahim masih terlalu muda untuk memahami semua ini. Setelah...

Continue reading



Bersedia Menghadapi Banjir Besar-Nabi Nuh A.S

Nabi Nuh A.S juga tergolong diantara lima Ulul Azmi, di mana beliau diperintahkan oleh Allah SWT untuk sampaikan dakwah kepada umat yang sangat mencabar. Kita sering kaitkan Nabi Nuh A.S dengan banjir besar yang melanda tempatnya ketika itu, menjadi azab kepada orang-orang yang tidak mengikut perintah Allah SWT. Namun, salah satu faktor mengapa Nabi Nuh dijadikan ulul azmi adalah kerana darah dagingnya sendiri tidak mahu mengikut risalah yang disampaikannya. Nabi Nuh A.S hidup selama 950 tahun dan ketika beliau berumur 480 tahun, beliau diangkat menjadi Rasul. Dalam surah Nuh, ayat 1, merupakan wahyu pertama yang dihantarkan kepada beliau oleh Malaikat Jibril. Dengan seraya Jibril berkata kepada Nabi Nuh untuk memberi peringatan pada seorang raja yang zalim yang bernama, Darmasyil bin...

Continue reading



Saat Berjumpa dengan Iblis - Nabi Idris A.S

Dilahirkan dalam generasi yang keenam dari keturunan Adam A.S, Nabi Idris A.S menjadi nabi yang ketiga selepas Adam dan Syith. Kisah Nabi Idris A.S tidak sering disebut dalam Al-Quran, malah, namanya hanya disebut sebanyak 2 kali sahaja. Namun, para ahli sejarah tidak pernah putus asa untuk mengkaji tentang nabi yang bijak ini. Nabi yang pertama untuk belajar pelbagai jenis ilmu di dunia. Nabi Idris dipuji kerana sifatnya yang sangat jujur terhadap Allah S.W.T dan sabar. Antara mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Idris adalah tingkat kecerdasan yang sangat tinggi pada ketika itu. Banyak bidang ilmu yang diceburi Nabi Idris A.S seperti ilmu falak (astronomi), ilmu menjahit dan ilmu menunggang kuda. Tak lupa juga bahawa Nabi Idris A.S merupakan seorang Nabi yang...

Continue reading