Sebagai seorang musulmán, kita tahu bahawa Nabi Sulaiman AS merupakan antara nabi yang cerdas dan kaya raya. Namun begitu, Nabi Sulaiman tidak pernah bersikap lupa diri dan tidak bersyukur. Hatta, Nabi Sulaiman AS bukan sahaja boleh berbual dengan ciptaan Allah SWT yang lain, namun, beliau juga berbuat baik dan memastikan mereka semua tidak dizalimi dan diambil mudah. Alkisah pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS mengumpulkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin-jin dan burung-burung untuk menyertai sebuah peperangan. Dalam perjalanan mereka ke daerah Ta'if, mereka termasuk di sebuah kawasan lembah dan terdapat banyak sarang semut di situ. Alangkah takutnya para semut bila mereka dapat tahu bahawa Nabi Sulaiman AS dan bala tenteranya akan melalui jalan ini. Mereka takut dipijak-pijak sehingga mati....
Antara pengajaran-pengajaran dari kisah-kisah Anbiya yang boleh buat kita bermuhasabah diri dan gerun akan azab Allah SWT adalah kisah Nabi Musa AS Kewujudan manusia seperti Firaun membuatkan kita terfikir, adakah patut kita menafikan kebesaran Allah SWT? Setelah jelas segala semuanya yang menjadi bukti keagungan Allah SWT. Mukjizat demi mukjizat datang silih-berganti, hingga kebenaran Musa AS tampak dengan jelas di setiap mukjizat itu. Demikianlah keadaan Nabi Musa AS dan Fir'aun. Allah SWT memberikan sejumlah mukjizat kepada Musa AS yang menunjukkan kebenarannya. "Dan tidaklah Kami perlihatkan suatu mukjizat kepada mereka kecuali (mukjizat itu) lebih besar dari mukjizat-mukjizat (yang sebelumnya) Dan Kami timpakan kepada mereka azab agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" (Az-Zukhruf: 48). وَمَا نُرِيهِم مِّنْ ءَايَةٍ إِلَّا هِىَ أَكْبَرُ مِنْ...
Nabi Ayyub AS merupakan seorang nabi yang menjadi simbol kesabaran. Concisamente kisahnya bahawa beliau diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang tiada tandingannya. Beliau pada asalnya seorang insan yang dimurahkan rezeki; tanaman, haiwan ternakan dan keluarga yang bahagia. Namun, Allah SWT hendak menguji Nabi Ayyub AS dengan satu ujian yang sudah pasti beliau mampu tempuhinya. Terdapat banyak pelajaran yang boleh diraih daripada kisah Nabi Ayyub AS dan kebanyakannya berupa pengajaran dari segi akhlak dan etika. Nabi Ayyub pada asalnya seorang yang kaya dan dermawan, namun, di sini kita boleh lihat bahawa kaya tak semestinya tak ada masalah. Bahagia tak semestinya tak ada cabaran. Hidup ini bagaikan satu permainan, begitu juga bagi seorang Nabi yang tak lari daripada diuji Allah SWT....
Seorang Nabi yang dikurniakan dengan wajah yang paling kacak, beliau juga disayangi oleh Ayahanda Nabi Ya'qub AS Walaupun beliau dibenci dan disingkirkan oleh adik beradiknya, Allah SWT telah kurniakan ke atas dirinya salah sebuah perjalanan yang sangat indah di muka bumi ini. Mendapat nikmat seperti wajah yang kacak tidak pernah mendorong dirinya untuk melakukan maksiat dan melupakan Tuhan yang Esa. Kita teruskan perjalanan ketika Nabi Yusuf telah dipenjarakan oleh Raja Mesir yang bernama Ar-Rayyan bin Al-Walid kerana peristiwa bersama Zulaikha. Setelah lamanya beliau dipenjarakan, kini, Allah SWT pun turunkan pertolongan menerusi mimpi yang Raja Ar-Rayyan dapat ketika tidur. Pada suatu hari, Ar-Rayyan bermimpi bahawa beliau ternampak 7 ekor sapi betina gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi betina kurus. Beliau juga...
Seorang lagi Nabi diantara Ulul Azmi yang lima, Nabi Ibrahim AS Yang tidak asing lagi dengan jasa beliau mencari Tuhan yang sebenar. Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim AS mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan selalu berfikir. Allah memberikannya kekuatan berfikir dan berjidal atau berdebat. Kali ini, kita ikut perjalanan Nabi Ibrahim AS mencari Tuhan sebenar dan membimbing umatnya ke arah yang lurus. Tahap Mencari Tuhan: Azar, merupakan ayahanda kepada Nabi Ibrahim AS dan beliau juga seorang penyembah berhala pada ketika itu. Sewaktu Nabi Ibrahim kecil, beliau sering bertanyakan kepada ayahnya akan kebolehan berhala-berhala yang diukir dan disembah ayahnya. Namun, Azar tidak ambil endah tentang soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Baginya, Nabi Ibrahim masih terlalu muda untuk memahami semua ini. Setelah...