Seorang Nabi yang dikurniakan dengan wajah yang paling kacak, beliau juga disayangi oleh Ayahanda Nabi Ya'qub AS Walaupun beliau dibenci dan disingkirkan oleh adik beradiknya, Allah SWT telah kurniakan ke atas dirinya salah satu perjalanan yang sangat indah di muka bumi ini. Mendapat nikmat seperti wajah yang kelihatan tidak pernah mendorong dirinya untuk melakukan maksiat dan melupakan Tuhan yang Esa. Kita teruskan perjalanan ketika Nabi Yusuf telah dipenjarakan oleh Raja Mesir yang bernama Ar-Rayyan bin Al-Walid kerana peristiwa bersama Zulaikha. Setelah lamanya beliau dipenjarakan, kini, Allah SWT pun menurunkan pertolongan menerusi mimpi yang Raja Ar-Rayyan dapat ketika tidur. Pada suatu hari, Ar-Rayyan bermimpi bahawa beliau ternampak 7 ekor sapi betina gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi betina kurus. Beliau juga...
Seorang lagi Nabi diantara Ulul Azmi yang lima, Nabi Ibrahim AS Yang tidak asing lagi dengan jasa beliau mencari Tuhan yang sebenar. Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim AS mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan selalu berfikir. Allah memberikannya kekuatan berfikir dan berjidal atau berdebat. Kali ini, kita ikut Nabi Ibrahim AS mencari Tuhan sebenar dan membimbing umatnya ke arah yang lurus. Tahap Mencari Tuhan: Azar, merupakan ayahanda kepada Nabi Ibrahim AS dan beliau juga seorang penyembah berhala pada ketika itu. Sewaktu Nabi Ibrahim kecil, beliau sering bertanya kepada ayahnya akan kebolehan berhala-berhala yang duduk dan disembah ayahnya. Namun, Azar tidak mengambil endah tentang soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Baginya, Nabi Ibrahim masih terlalu muda untuk memahami semua ini. Setelah meningkat...
Signifikan Buah Khuldi dari Syurga Setelah kita merungkai perspektif Iblis dalam kisah Nabi Adam AS, kali ini, kita cuba mendalami tentang sebiji buah yang telah menjadi sebab Nabi Adam dicampakkan ke Dunia. Konteks yang berbeza dari ulama' Islam dan Nasrani. Tapi pokok persoalannya adalah, adakah rupa buah Khuldi? atau dalam bahasa kasar, buah Khuldi itu buah apa? (Gambar hiasan) Terdapat banyak pendapat tentang buah istimewa ini. Sebahagian orang percaya bahawa buah ini hanya ada di Syurga dan ada juga menerima bahawa buah ini boleh ditemui di Dunia. Namun, kita akan merungkai perbezaan pendapat daripada ulama' Islam dan juga Nasrani. Mengikut rujukan: Islam Nasrani Surah al-Waqi'ah, ayat 28 Kitab Kejadian, bab 3, ayat 4-5 Surah al-Baqarah, ayat 35 Surah Ibrahim, ayat...
Allah telah menciptakan Adam dari tanah hitam dalam bentuk manusia. Ia kemudian ditiupkan ruh daripada Allah kepadanya. Maka terjadilah makhluk bernama manusia. Kemudian Allah menyuruh malaikat agar menghormati Adam dengan cara bersujud kepadanya. malaikat bersujud kepada Adam dan seluruh mematuhi perintah Allah kecuali Iblis yang menolak melakukan sujud. Akibat kesombongann Iblis untuk bersujud kepada Adam, dia diusir dari Syurga dalam keadaan hina. Iblis bersumpah dengan Allah dia akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar. Allah kemudian berfirman "Keluarlah kamu dari Syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan masukkan ke neraka jahannam." Ini adalah sebahagian daripada kisah Nabi Adam AS yang pernah kita dengar. Kenapakah makhluk...